1. AKTIVITI BEG BELI BELAH
Boleh juga tanya kepada anak, apakah barang yang jumlahnya tiga atau lima. Atau apakah barang yang berbentuk bulat atau segi empat.
Melalui aktiviti ini, anak dapat belajar nombor, kuantiti objek yang sama jenis dan menjumlahkan objek. Selain itu, aktiviti ini dapat bantu anak menguasai teknik penyisihan dan pengelasan berdasarkan sifat fizikal yang dilihat pada objek
Kaedah ini mendedahkan anak kepada perbandingan saiz barang. Ibu bapa boleh mengajar anak membezakan barang-barang yang bersaiz kecil dan besar.
Bahan-bahan yang boleh digunakan adalah kotak pelbagai saiz seperti kotak tisu, kotak bijirin, kotak biskut, kotak kasut dan sebagainya. Kenalkan pada anak istilah lebih kecil, lebih besar, lebih panjang, lebih tinggi, lebih rendah dan lebih pendek.
Ibu bapa juga boleh buat demonstrasi dengan memasukkan kotak yang lebih kecil ke dalam kotak lebih besar kemudian minta anak ulangi dengan kotak-kotak yang lain pula.
Ini paling mudah kerana anda hanya perlukan pen atau pensel dan kertas. Aktiviti ini akan membantu anak anda memegang alat tulis apabila anda memandu tangan mereka untuk melukis bentuk-bentuk geometri dan nombor.
Untuk jadikan ia lebih menarik, gunakan warna yang berbeza untuk bentuk dan nombor yang berbeza. Selain itu boleh gunakan aplikasi yang menyediakan fungsi mewarna mengikut nombor seperti gambar di atas.



Ulasan
Catat Ulasan