PENGENALAN SAINS
Mengikut Abrusco (1982), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi mendapatkan maklumat berhubung alam semulajadi. Sains juga merupakan pengetahuan yang diperoleh melalui aplikasi proses saintifik. Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling.
Dalam pendidikan awal kanak-kanak, proses sains adalah suatu pembelajaran yang dapat mengalakkan minat ingin tahu, meneroka persekitaran, meramal, memerhati, menjalankan uji kaji dam membuat inferens. Dengan bantuan dan bimbingan orang dewasa, kanak-kanak mampu memahami dan menggunakan taakulan saintifik yang merangkumi perancangan, membuat ramalan, memerhati dan menyediakan laporan.
TUJUAN SAINS
Kepentingan Pendidikan Awal Sains Kanak-kanak
Proses Pendidikan Awal Sains kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep pembelajaran aktif. justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang perlulah bercorak Hands-on yang mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi. Ini kerana kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik melalui pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman konflik.
• Menyumbang dalam perkembangan intelek kanak-kanak (Harlan,1992). Sains melibatkan pelbagai proses
• Mengembangkan bahasa dan kefahaman semasa menerang dan merekod disamping meningkatkan kosa kata
• Meningkatkan daya ingatan dan kebolehan mengelas
• Mengukuhkan perkembangan sosial dan emosi di mana proses sains dapat mengalakkan interaksi, bekerja dalam kumpulan dan meningkatkan keyakinan diri. Contohnya, semasa membuat eksperimen
• Penglibatan kanak-kanak dalam penerokaan, penemuan sesuatu yang baru dan penyelesaian masalah adalah sesuatu yang menyeronokkan
AKTIVITI SAINS
1. AKTIVITI MEMBINA MODEL
- Pertandingan ini dapat membina kreativiti kanak-kanak. Guru-guru boleh menetapkan syarat dan juga peraturan yang perlu dipatuhi oleh kanak-kanak. Contohnya, kanak-kanak wajib menggunakan bahan-bahan terpakai.
- Tujuan model yang dibina juga boleh diperbagaikan dengan menetapkan tema perhiasan rumah, tema projek alam sekitar , tema barang yang pelbagai guna.
2. AKTIVITI PELANCARAN ROKET AIR
- Aktiviti membina roket air merupakan aktiviti Bulan Sains yang boleh memberi kelainan kepada kanak-kanak.
- Pertandingan ini sudah tentu akan merangsang kreativiti kanak-kanak dalam menghasilkan roket air dengan inovasi dan idea yang tersendiri dengan bantuan guru atau ibu bapa.





Ulasan
Catat Ulasan